SPRM berjaya dapat perintah reman kes seleweng bantuan saudara baru

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan perintah reman selama enam hari terhadap seorang penjawat awam sebuah agensi kerajaan negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang sumbangan saudara baru.

Perintah reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Januari, bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut penyelewengan wang sumbangan saudara baru berjumlah RM132,000.

Menurut sumber SPRM Perlis, individu terbabit dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dana sumbangan yang diperuntukkan bagi saudara baru dari 2022 hingga 2024.

“Siasatan awal mendapati suspek mengemukakan hampir 50 dokumen palsu berkaitan sumbangan yang didakwa dikeluarkan oleh bank atau secara tunai bagi tujuan disalurkan kepada penerima yang layak.

“Namun, wang tersebut diseleweng bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM Perlis pada 2.30 petang semalam untuk memberi keterangan sebelum ditahan sekitar 4.30 petang.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai butiran palsu, mengikut mana yang lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Ghani mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan tuntutan palsu.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat