MUIS, Zecon Berhad meterai MoU bangunkan projek perumahan pelajar

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Zecon Berhad Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan sebuah projek perumahan pelajar.

Majlis MoU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa itu ditandatangani Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin dan Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Pihak Zecon Berhad diwakili Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zecon Berhad, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Pengerusi Zecon Engineering Sabah Sdn Bhd, Datuk Abdul Kadir Rosline.

Usahasama itu disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Arif mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan telah mendapat kelulusan daripada Kabinet Kerajaan Negeri Sabah pada 12 November 2024.

MUIS dalam kenyataannya berkata, MoU berkenaan melibatkan projek yang bakal dibangunkan di atas tanah milik MUIS bersebelahan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berkeluasan 15 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM1.3 billion.

“Projek ini bakal menjadi projek perintis yang menawarkan konsep pembangunan serba moden dan komprehensif yang dilaksanakan dalam tiga fasa bermula dengan fasa pertama iaitu pembangunan penginapan bagi pelajar dan kakitangan yang berfokuskan kepada keselesaan dan praktikal.

“Fasa kedua pula merupakan penyediaan kemudahan berteraskan komuniti termasuk pembangunan Masjid, Tadika dan Pusat Asuhan Kanak-kanak.

“Manakala fasa ketiga dirancang bagi pembinaan hab komersial yang melibatkan lot kedai, perkhidmatan apartmen, perpustakaan, gimnasium, kafeteria dan perkhidmatan harian yang lain,” kata kenyataan tersebut.

Menurut MUIS, projek ini dijangka akan bermula pada akhir tahun ini dan pembangunan projek yang dirancang adalah berteraskan kepada kecemerlangan akademik, perkembangan peribadi dan hubungan komuniti setempat.

“Lebih 500 hingga 600 peluang pekerjaan akan diwujudkan meliputi sektor professional, pentadbiran dan buruh selain 1,610 unit apartment akan dibina yang mampu menampung sehingga 6,732 pelajar tempatan dan antarabangsa serta kakitangan.

“Pemilikan tanah akan terus kekal dibawah MUIS dengan kaedah konsep pembangunan ‘Build, Lease, Maintain and Transfer’ (BLMT),” katanya.

Jelas kenyataan sama, Zecon Berhad mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor Pembinaan, Sektor Infrastruktur air, Sektor Pembangunan Hartanah, Sektor Tenaga Bolehguna dan Sektor Kesihatan.

Dalam pada itu, syarikat terbabit juga berpengalaman menyelesaikan lebih daripada 40 projek utama dengan nilai projek RM4.5 bilion dan antara pencapaian utamanya termasuk pembinaan kampus baru Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) bernilai RM750 juta dan Projek Lebuhraya Pan Borneo 74-KM fasa 1 (Pakej Kerja 3) bernilai RM1.35 billion.

“Seterusnya, Projek Jambatan Tun Salahudin Sarawak sepanjang 339 meter bernilai RM136 juta, Projek Skim Bekalan Air Triang Negeri Sembilan (terowong pemindahan air, empangan, dan loji rawatan) bernilai RM241 juta serta Projek Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (243 Katil, tempat letak kereta bertingkat dan hotel 54 bilik) bernilai RM606 juta di Cheras, Kuala Lumpur,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat