STR Fasa 1 mula diagihkan esok

KERAJAAN akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 secara berperingkat mulai esok kepada sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2.3 bilion tahun ini, berbanding RM2.1 bilion tahun lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bantuan itu bakal dimanfaatkan 60 peratus penduduk dewasa dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,600 tahun ini, iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara ini mencerminkan tekad kerajaan memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat bertambah baik, meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.

“Kendatipun (walaupun) peningkatan kos sara hidup adalah fenomena yang melanda seluruh dunia, besarlah harapan Kerajaan Madani supaya peningkatan sumbangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan STR saban tahun ini dapat membantu rakyat menggapai kehidupan yang lebih berdarjat,” katanya.

Pembayaran STR akan dibuat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Pada minggu lalu, kerajaan menyalurkan SARA kepada 700,000 penerima kategori miskin dan miskin tegar.

Menerusi SARA, bantuan sebanyak RM100 sebulan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac, manakala mulai April ini, kadar bantuan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

Untuk STR, permohonan baharu dan kemas kini bagi STR dibuka sepanjang tahun.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan di portal rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my, bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan ditetapkan.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil