DAP Tawau tawar khidmat nasihat guaman percuma

TAWAU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Tawau menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada seluruh warga Tawau.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Yap Wui Lip berkata, inisiatif itu dibuat sebulan sekali di Ibu Pejabat DAP Tawau.

“Khidmat guaman ini terbuka pada sebarang pertanyaan berkaitan kes-kes perundangan dihadapi seperti hak milik tanah atau terkait kes mahkamah.

“Ini berita baik untuk warga Tawau khususnya kepada golongan tidak berkemampuan tetapi ingin tahu tentang selok-belok undang-undang.

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menghadapi masalah undang-undang atau ingin mendapatkan nasihat untuk tampil ke hadapan kerana kami sedia membantu,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Jumaat.

Menurut Yap, perkhidmatan itu akan dimaklumkan menerusi media sosial rasmi DAP Tawau dan mereka yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh menghubungi pihak DAP Tawau untuk temu janji.

Related Posts

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

ALOR SETAR – Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Mohd. Jamil Md. Idross, 78, ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu