Chong Wei nasihat atlet Malaysia supaya tidak cemas

BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan barisan atlet negara yang bertarung di temasya Olimpik Paris 2024 supaya tidak cemas di gelanggang.

Menceritakan pengalamannya, Chong Wei mengaku pernah mengalami rasa cemas ketika pertama kali menyertai temasya berprestij itu.

“Saya nasihat atlet supaya jangan cemas. Tapi mustahil tak cemas.

“Semasa saya turun gelanggang semasa Olimpik pertama saya, walaupun bertemu Ng Wei dari Hong Kong, bergetar juga tangan saya kerana cemas.

“Peluh tak henti-henti membasahi baju yang dipakai. Fikiran menjadi kusut.

“Coach nampak saya gelisah, dia tahu yang saya dah cemas,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Pemenang pingat perak Olimpik 2008, 2012, dan 2016 itu berkata, jurulatihnya kemudiannya meminta pakar motivasi untuk menenangkannya.

“Mamat ini pun sampai kat aku. Terus dia pegang tangan aku nak bagi kata-kata motivasi, ‘Jason, jangan cemas. Ini kali pertama kau, saya tahu. Tapi Jason, teguhkan mental dan emosi. Jangan cemas’.

“Aku pandang coach, coach pandang aku. Kita hairan, sejak bila nama saya Jason.

“Aku pon cakap ‘bro, aku bukan Jason lah. Mamat itu balas, saya tahu, Jason ialah nama saya.

“Saya pun cemas juga. Ini kali pertama saya jadi ahli psikologi untuk acara begitu besar. Jadi sebelum saya motivasi kamu, saya motivasi sendiri dulu.

“Aku dan coach terus gelak, terus hilang cemas aku. Mungkin itulah cara tersendiri ahli psikologi ini.

“Jangan cemas, raih emas atlet-atlet kita,” katanya.

Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung mulai 27 Julai hingga 11 Ogos, dengan Malaysia menghantar seramai 26 atlet dalam usaha meraih emas pertama negara.

Chong Wei turut menyelitkan kata-kata semangat buat kontinjen negara selain menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan padu.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

Agihan Bantuan Kasih Johor di Pontian dikecam, NGO dakwa proses tidak mesra rakyat

JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya

  • By Ynom
  • May 26, 2026
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya