Lima makanan berpotensi jadi penyebab kanser

KANSER yang dikenali sebagai pembunuh senyap merupakan salah satu punca utama kematian yang menyumbang hampir 10 juta kematian atau satu daripada enam kematian di seluruh dunia pada tahun 2020. Jadi dalam artikel kali ini akan merungkai lima makanan yang mungkin menjadi penyebab kepada kanser. 

Kanser paru-paru, prostat, kolorektal, perut dan hati ialah jenis kanser yang paling biasa dialami oleh golongan lelaki, manakala payudara, kanser kolorektal, paru-paru, serviks dan tiroid pula lebih popular dijangkiti oleh wanita.

Kira-kira satu pertiga daripada kematian akibat kanser berpunca daripada penggunaan tembakau, indeks jisim badan tinggi, pengambilan alkohol, kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kurang melakukan aktiviti fizikal. 

Selain itu, pencemaran udara merupakan faktor risiko penting bagi kanser paru-paru di mana jangkitan penyebab kanser, seperti virus papilloma manusia (HPV) dan hepatitis, bertanggungjawab terhadap kira-kira 30 peratus kes kanser di negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah. 

Jadi dalam artikel kali ini bakal merungkai lima makanan yang mungkin menjadi penyebab kepada kanser.

Berdasarkan kajian daripada Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC), minuman bergula tiruan dan semula jadi, produk berasaskan haiwan, serta sos, sapuan, dan perisa dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser dan penyakit kronik lain.

Makanan pertama ialah daging yang diproses contohnya seperti sosej, daging salai, bacon, salami, hot dog di mana ia dipercayai mengandungi bahan pengawet seperti nitrat dan nitrit yang boleh bertukar menjadi nitrosamin, sejenis bahan karsinogen.

Proses pemasakan seperti pengasapan dan pengawetan juga menghasilkan karsinogen seperti hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH) justeru Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan daging diproses sebagai karsinogen Kumpulan 1, setara dengan rokok dalam meningkatkan risiko kanser kolorektal.

Seterusnya adalah makanan bergoreng dan dimasak dengan suhu tinggi seperti kentang goreng, kerepek, ayam goreng, di mana ia berbahaya apabila pembentukan acrylamide pada makanan berkanji yang digoreng pada suhu tinggi melebihi 120°C, malah acrylamide juga dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai jenis kanser dalam kajian haiwan.

Makanan ketiga yang mungkin menjadi penyebab kanser ialah makanan yang hangus atau terlalu masak seperti daging panggang yang berkerak hangus, di mana ia boleh membentuk hidrokarbon aromatik polisiklik (PAHs) dan amina heterosiklik (HCAs) yang mempunyai potensi karsinogen apabila ia dimasak pada suhu tinggi.

Sementara itu, minuman tinggi gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas seperti  kek, gula-gula, dan roti putih juga berpotensi menjadi penyebab kanser. 

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan obesiti, faktor risiko utama beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kolon, dan pankreas malah gula yang tinggi juga meningkatkan keradangan dan tekanan oksidatif yang memicu pertumbuhan sel kanser.

Pengambilan alkohol seperti bir, wain dan minuman keras juga boleh menjadi punca kepada kanser, ia demikian kerana alkohol dipecahkan kepada acetaldehyde, bahan kimia yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.

Alkohol juga berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser mulut, kerongkong, hati, kolon, dan payudara jadi cara terbaik untuk mengelakkan kesan kanser adalah dengan mengurangkan atau mengelakkan pengambilan alkohol.

Related Posts

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya matahari hasilkan bahan api dari sisa plastik

SEKUMPULAN saintis kini sedang membangunkan kaedah inovatif bagi menangani dua krisis global secara serentak, iaitu pencemaran plastik dan permintaan terhadap tenaga bersih, dengan menukarkan sisa plastik kepada bahan api menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing