Penjawat awam persekutuan Negeri Sembilan terima RM200 sempena Aidilfitri

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM200 kepada lebih 48,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu sempena Aidilfitri tahun ini.

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan menerusi kenyataan memaklumkan, bantuan itu yang membabitkan peruntukan hampir RM10 juta, akan disalurkan sebelum Mac atau sambutan Aidilfitri.

“Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan sedang menyelaras kaedah pemberian ini bersama-sama Jabatan Akauntan Negara dan lain-lain agensi berkaitan.

“Bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri dan syarat-syarat kelayakan akan
diperincikan dalam pekeliling yang sedang disediakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, pejabat kerajaan negeri itu memaklumkan, pemberian ini sebagai menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka dalam memberikan kerjasama dengan agensi yang sedia ada.

Jelasnya, ini kerana usaha bakti penjawat awam, Negeri Sembilan berjaya mencapai kutipan hasil tertinggi yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Sembilan iaitu sebanyak RM636 juta berbanding perbelanjaan sebanyak RM565 juta.

“Rekod telah mencatatkan surplus sebanyak RM83.04 juta berbanding sasaran awal defisit RM46.9 juta.

“Ini merupakan kejayaan ketiga berturut-turut Kerajaan Negeri mentransform belanjawan defisit kepada surplus sejak tahun 2022 diikuti pada tahun 2023 dan terkini tahun 2024.

“Transformasi yang signifikan ini adalah impak daripada pengurusan kewangan yang cekap di mana perbelanjaan dikawal melalui dasar penjimatan di samping pelaksanaan strategi berkesan dalam memastikan kutipan hasil melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak