Mangsa kebakaran Tanjung Dawai terima peruntukan khas PM

ENAM belas keluarga mangsa kebakaran rumah di Tanjung Dawai, dekat Sungai Petani, Ahad minggu lalu, menerima peruntukan khas Perdana Menteri berjumlah RM80,000.

Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, kepada ketua isi rumah terbabit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng, Tanjung Dawai, hari ini.

Muhammad Kamil berkata, setiap keluarga terbabit menerima sumbangan RM5,000.

Mereka terdiri daripada 14 keluarga mengalami kerugian rumah musnah akibat insiden berkenaan serta dua lagi keluarga yang kediaman terjejas dan turut ditempatkan di PPS.

“Saya dimaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan pihak bomba untuk mengetahui lebih lanjut apa punca kebakaran itu.

“Saya diarahkan Perdana Menteri untuk turun berjumpa dengan mangsa serta menyampaikan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada 16 keluarga yang terkesan,” katanya.

Muhammad Kamil berkata, mangsa akan berada di PPS itu hingga suatu tempoh belum dapat dipastikan.

Beliau berkata, perbincangan turut diadakan dengan pihak pengurusan di PPS untuk melanjutkan tempoh penempatan hingga mangsa dapat berpindah ke kediaman lain lebih selesa.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP