Mangsa banjir di Kota Tinggi terus meningkat

KOTA TINGGI – Mangsa banjir daerah ini meningkat apabila seramai 897 mangsa membabitkan 303 buah keluarga kini terpaksa dipindahkan ke 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu melonjak berbanding 355 mangsa membabitkan 124 keluarga yang berada di PPS sejak 10 malam tadi.

Menurut beliau, taburan hujan selama lebih 24 jam telah mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air dan ia dijangka terus bertambah.

“Mangsa paling ramai ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) dengan 175 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana iaitu 137 mangsa dari Taman Aman dan Taman Mawai).

“Diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota (145 mangsa dari Taman Aman), SK Bandar Penawar 1 (130 mangsa dari Taman Desaru Utama) dan Dewan Raya Kampung Makam ( 56 mangsa dari Kampung Makam).

“Turut dibuka SK Teluk Ramunia (63 mangsa,), Dewan Albarakah Seri Delima (47 mangsa), Dewan Kota Kecil (24 mangsa) dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas membabitkan seramai 18 mangsa dari Kampung Baru Sungai Mas.

“Manakala Dewan Serbaguna Kota Kecil yang menempatkan 17 mangsa dan SK Gembut (3 mangsa),” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azmi memaklumkan, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Johor, terdapat 13 jalan terjejas akibat banjir.

“Enam daripadanya ditutup sepenuhnya membabitkan Jalan Lok Heng/Mawai, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Jalan Mawai Lama, Ladang Siang, Jalan Johor Bahru-Endau dan Jalan Kota Tinggi-Sg. Rengit.

“Manakala lima jalan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja, iaitu FT003 Johor Bahru-Endau, Jalan Perani dan Kampung Lukut Cina-Kampung Batu. Tiada jalan alternatif disediakan untuk semua jalan yang terjejas banjir,” katanya.

Dua lembangan sungai kini berada di paras bahaya iaitu Sungai Skudai di Kampung laut, Johor Bahru (4.50 meter), dan Sungai Sayong di Sungai Siam, Kulai (20.87 meter).

Manakala empat sungai pada paras amaran membabitkan Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Jemaluang, Mersing.

Pada Jumaat, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.

METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bagi hujan berterusan tahap buruk, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Pahang iaitu Bera dan Pekan manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat dan Muar.

Related Posts

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk mengekalkan kuota 300 liter BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengamal media akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa ini untuk pertimbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy