KTMB tingkat kekerapan tren, bas, van setiap 30 minit waktu puncak

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan perkhidmatan gabungan kereta api, bas, dan van untuk meningkatkan kekerapan perjalanan komuter kepada setiap 30 minit mulai 20 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang komuter sambil mengimbangi pelaksanaan projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) yang mengehadkan kekerapan kereta api dari Pelabuhan Klang ke KL Sentral kepada setiap 60 minit.

“Di bawah strategi baharu itu, perkhidmatan kereta api akan beroperasi setiap 30 minit pada waktu puncak sebelah pagi dari Pelabuhan Klang ke KL Sentral, dan pada waktu puncak sebelah petang dalam arah bertentangan manakala di luar waktu puncak pula, perkhidmatan bas akan disediakan setiap 30 minit di kedua-dua arah.

“Ini adalah strategi dua hala yang bukan sahaja meningkatkan operasi tetapi juga membolehkan projek KVDT2 diteruskan semasa waktu bukan operasi,” katanya dalam sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di sini pada Jumaat.

Jelas Loke, berdasarkan sistem aplikasi KTMB Integrated Ticketing System (KITS), pada waktu luar puncak, dari jam 10 pagi hingga 4 petang, kerja-kerja Projek KVDT2 dapat diteruskan dengan lebih efisien dan selamat selama enam jam sehari.

Pelan ini juga melibatkan penyediaan 22 bas yang akan mula beroperasi secara percuma mulai 17 Januari di stesen-stesen utama seperti Subang Jaya, Batu Tiga, Shah Alam, Padang Jawa, Bukit Badak, Klang, Teluk Gadong, dan Pelabuhan Klang.

Bagi stesen Bukit Badak dan Teluk Gadong, perkhidmatan van akan disediakan kerana jumlah penumpang yang lebih rendah.

“Kekerapan setiap bas adalah 30 minit bergantung kepada keadaan trafik. Waktu ketibaan bas akan dipaparkan di stesen KTM berkenaan untuk memudahkan perjalanan penumpang.

“Bagi laluan dari stesen KTM Abdullah Hukum hingga Subang Jaya, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas sedia ada dan laluan LRT Kelana Jaya,” katanya.

Projek KVDT2 yang dilancarkan pada April tahun lalu selepas siapnya KVDT1 dijangka siap pada Oktober 2028.

Projek ini merangkumi laluan dari Simpang Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Klang yang memberi kesan kepada laluan Batu Caves–Pulau Sebang dan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung