Polisi antibuli perlu ditubuhkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran mewujudkan polisi berkaitan buli bagi tujuan mengatasi hal berkenaan daripada berlaku secara berterusan.

Pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, keperluan untuk kerajaan melaksanakan perkara itu agar kegiatan buli khusus yang berlaku di IPT mendapat perhatian serius oleh semua pihak.

“Banyak pihak beranggapan kegiatan buli hanya berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja, namun ia boleh berlaku pada pelajar di peringkat universiti atau IPT.

“Peringatan keras terhadap sebarang tingkah laku buli harus dilakukan setiap masa. Tindakan tegas serta segera perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan gejala berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Muzaffar berkata, pihak pengurusan universiti perlu merangka satu polisi jelas terhadap masalah buli dan perlu dihebahkan kepada setiap pelajar dan kakitangan universiti.

Jelasnya, pentadbiran universiti perlu menyediakan tatacara atau prosedur mudah serta jelas untuk mana-mana pihak tampil membuat aduan terhadap masalah buli yang berlaku pada diri mereka.

“Proses pemudah cara untuk saksi tampil memberikan keterangan mereka juga mesti dilakukan bagi memudahkan proses pembuktian terhadap sebarang aduan buli. Pensyarah perlu juga memainkan peranan dengan sentiasa peka terhadap suasana yang berlaku di sekeliling mereka,

“Selain itu, perlu bertindak dan menghulurkan sebarang jenis bantuan dengan segera jika mereka mengesyaki wujud kegiatan buli dalam kalangan pelajar atau kakitangan universiti,” katanya.

Mengulas lanjut, Muzaffar berkata, kerajaan boleh juga merangka atau mewujudkan sebuah akta khusus bagi mengatasi isu buli dalam negara.

“Kerajaan boleh merujuk undang-undang anti buli United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam usaha membendung masalah berkenaan.

“Satu bentuk kerangka perundangan yang kuat dan lebih berkesan perlu diwujudkan bagi memastikan isu buli tidak berterusan berlaku serta bagi memastikan semua pihak mengambil serius terhadap permasalahan isu buli ini,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada Selasa menjatuhi enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hukuman gantung kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Enam tertuduh yang kini berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Pada 1 Jun 2017, Zulfarhan meninggal dunia akibat didera dengan tekapan seterika wap di seluruh badan serta dipukul berhubung tuduhan kecurian sebuah komputer riba.

Related Posts

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

PUTRAJAYA – UMNO Sabah menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung penyerahan pelaksanaan projek bekalan air bernilai RM4.06 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi. Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL