Kenderaan terbakar, polis temukan mayat lelaki dipercayai dibunuh

SANDAKAN – Laporan sebuah pacuan empat roda terbakar di kawasan semak berhampiran ladang di Kampung Sungai Memanjang, di sini, pada Khamis membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh.

Naufal Abdul Rashid, 35, yang hilang sejak empat hari lalu dipercayai anak kepada pemilik sebuah restoran terkenal di daerah ini ditemui kira-kira jam 11 pagi ketika sepasukan polis melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, pada awalnya polis menerima laporan berhubung sebuah pacuan empat roda terbakar di kawasan berkenaan.

Katanya, susulan laporan itu sepasukan polis dikejar ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

“Sebaik tiba, sebuah kenderaan pacuan empat roda sudah terbakar dan tiada individu di dalam kenderaan tersebut.

“Anggota bertugas kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu sebelum menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu kes laporan orang hilang pada Ahad lalu,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Katanya lagi, mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk dibedah siasat.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Related Posts

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan oleh Universiti Yarmouk, Jordan, semalam. Anugerah disampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PUTRAJAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 400 batang kayu balak pelbagai saiz serta beberapa mesin berkaitan dalam serbuan di sebuah kilang kayu disyaki beroperasi secara haram di Kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini