Selangor dinobat negeri paling telus

SELANGOR dinobatkan sebagai negeri yang paling telus berkenaan belanjawan di Malaysia.

Ia berdasarkan laporan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Menerusi hantaran Facebook, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menyatakan pencapaian itu diperoleh berikutan belanjawan yang dibentang Kerajaan Negeri mudah diakses, terperinci dan diberi ruang perbahasan sebaiknya dalam Dewan Negeri Selangor.

“Alhamdulillah, laporan tersebut turut mengiktiraf Negeri Selangor sebagai negeri mencatatkan bilangan hari persidangan Dewan Negeri tertinggi.

“Ini adalah bukti amalan demokrasi subur dan mekar di Selangor, menyangkal dakwaan yang dibuat Ketua Pembangkang baru-baru ini,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan harapan akan memperbaiki ruang yang ada bagi meneruskan momentum baik tersebut.

Turut berkongsi kedudukan teratas berdasarkan laporan IDEAS itu adalah Terengganu dan diikuti Negeri Sembilan.

Paparan yang dikongsi Amirudin di Facebook rasminya.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

KENINGAU – Seramai 24 individu dilantik sebagai ahli Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi tempoh dua tahun, diseru agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan tadbir urus yang lebih berkesan dan inklusif khususnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Mayat lelaki ditemukan dalam parit

  • By Fatin
  • April 29, 2025
Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026