PKR Cabang Kalabakan santuni tujuh keluarga terlibat kebakaran

KALABAKAN – Sebanyak tujuh keluarga yang terlibat dalam kebakaran sebuah rumah sewa sembilan pintu di Kampung Rancangan Kalabakan pada Jumaat mendapat perhatian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kalabakan. 

Ketua Cabangnya, Roslan Sapar berkata, pihaknya telah mengagihkan barangan dapur dan sumbangan kewangan sebagai usaha mencerminkan kebersamaan membantu masyarakat memerlukan. 

“Kita telah turun mengagihkan bantuan kewangan dan barangan asas dapur seperti beras, gula dan lain-lain bagi membantu mereka. 

“Semoga sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press. 

Dalam pada itu, beliau turut memuji peranan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan yang berjaya memadam kebakaran sebelum ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau. 

“Adalah diharapkan sekiranya fasiliti PBS di Kalabakan ini ditambah baik memandangkan mereka ini pasukan pertama yang bertindak apabila berlaku sesuatu.

“Saya juga berharap agar Pejabat Daerah Kalabakan dapat menyediakan penempatan bertempoh kepada mangsa-mangsa kebakaran apabila berlaku kebakaran pada bila-bila masa,” tambahnya.

Difahamkan, kesemua mangsa kebakaran kini ditempatkan sementara di Dewan Terbuka Kalabakan.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan