KKM sedia lancar ‘perang’ terhadap garam

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedia melancarkan kempen ‘perang’ terhadap garam bagi mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengurangan pengambilan garam penting kerana ia dikenal pasti sebagai faktor utama menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik, termasuk kematian pramatang.

“Ia adalah pelaburan yang baik, dengan RM1 yang dibelanjakan (untuk memerangi pengambilan garam) dianggarkan dapat menjimatkan kira-kira RM60 (untuk sistem penjagaan kesihatan).

“Pada masa ini kami masih merancang dan Bahagian Nutrisi serta Bahagian Kesihatan Awam akan bekerjasama untuk (kempen) memerangi pengambilan garam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah kesinambungan kempen sebelum – yang mengisytiharkan perang terhadap gula dan rokok – bagi mempromosikan gaya hidup lebih sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dikeluarkan pada 2023, jumlah kematian terbesar berkait dengan diet, iaitu dianggarkan 1.89 juta setiap tahun dikaitkan dengan pengambilan garam berlebihan.

Related Posts

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull