Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini didakwa

KUALA KUBU BHARU – Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang juga suspek kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret di sini, untuk berdepan pendakwaan, pagi ini.

Suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada jam 9.04 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian baju T serta seluar hitam, sambil dikawal rapi oleh anggota polis.

Masing-masing seorang wakil daripada keluarga mangsa dan keluarga tertuduh juga dilihat memasuki kamar mahkamah sejurus suspek dibawa masuk.

Kes dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Lebih 30 pengamal media telah memenuhi pekarangan mahkamah bermula seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan pendakwaan, lapor Berita Harian.

Pihak petugas media difahamkan bahawa wakil keluarga mangsa akan mengikuti prosiding, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan suspek yang juga seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berumur 26 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Hussein juga dipetik berkata, siasatan kes itu telah selesai, dan perselisihan perhubungan dipercayai adalah punca gadis berumur 25 tahun itu dibunuh.

Pada 15 Julai lalu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga dikatakan kenalan kepada mangsa.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Julai lalu sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi hingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim, dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam siasatan kes pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi meliputi sekitar daerah Hulu Selangor, Muallim dan Slim River di Perak.

Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik, termasuk unit skuba itu antara lain membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.

Related Posts

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya bagi mendapatkan perintah supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

PUTRAJAYA – Isu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sumbangan awam kini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan keyakinan untuk menunaikan zakat melalui saluran tertentu. Pendedahan kes berprofil tinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia