Wanita Thai didenda RM9,000 miliki minyak masak bersubsidi

KANGAR – Seorang pemandu Grab warga Thailand dijatuhi hukuman denda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 34 peket minyak masak bersubsidi tanpa lesen, pada Disember tahun lalu.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid memerintahkan Salmee Changwang, 49, menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Kenderaan miliknya turut dilucuthak, namun Salmee berjaya melunaskan bayaran denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki barangan berjadual, iaitu 34 peket minyak masak 1 kilogram, jenama Nusantara yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang sebuah pikap Toyota Hilux Revo bernombor pendaftaran Thailand.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kaki Bukit-Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar pada 19 Disember 2023, kira-kira jam 4.30 petang.

Salmee didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan dengan minyak masak secara runcit dan borong tanpa lesen. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Hukuman di bawah Seksyen 22(1) akta sama memperuntukkan denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya. Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, S. Mugunthan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan