Polis Kuantan, TNB potong elektrik premis judi haram

KUANTAN – Sebanyak 10 premis dipercayai menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tindakan itu dilakukan bagi melumpuhkan aktiviti perjudian termasuk dalam talian serta loteri tanpa lesen.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan setelah mendapat arahan pemotongan dari mahkamah, membabitkan kawasan antaranya sekitar Kempadang, Tanjung Lumpur, Balok, Sungai Isap, Gambang dan Panching.

“Operasi pemotongan bekalan elektrik ini melibatkan kes yang selesai dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Modus operandi mereka, berselindung di sebalik perniagaan kolam memancing udang, menjual gajet, perjudian dalam talian seperti tambah nilai judi dalam talian, jual loteri haram dan ada yang menawarkan bermain judi di premis.

“Sepanjang tahun ini, polis Kuantan telah mengemukakan 33 permohonan kepada pihak TNB untuk melakukan pemotongan bekalan elektrik bagi kes seperti itu dan 13 daripadanya sudah dikuatkuasakan.

“Sepanjang tiga hari operasi sejak Khamis, 10 premis sudah dipotong, tinggal lagi tiga,” katanya selepas mengetuai operasi pemotongan bekalan elektrik di sekitar daerah ini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, tindakan pemotongan elektrik itu dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (pindaan 2001).

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti