MCMC peruntuk RM13.7 juta lengkapkan Wi-fi di UM, USIM, Unimap

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memperuntukkan sebanyak RM13.7 juta untuk melengkapkan perkhidmatan sambungan rangkaian internet dan Wi-fi di Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang akan dipasang bermula Januari 2025 nanti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk perolehan lebih daripada 2,000 titik akses rangkaian Wi-fi yang akan membantu menyambungkan internet kepada ketiga-tiga universiti tersebut.

“Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) telah memaklumkan tentang usaha pihak KPT melengkapkan dan menyiapkan semua universiti awam (UA) dengan perkhidmatan internet, ada dalam kalangan UA menghadapi masalah ‘mobile outdoor coverage’, ‘in building coverage’ dan Wi-fi.

“Bagi MCMC, perbincangan dengan semua universiti telah bermula iaitu pada 5 Disember yang lalu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bersama semua Naib Canselor universiti awam dan pihak Kementerian Komunikasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya ketika Sidang Media Mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Fahmi juga berharap agar perkhidmatan internet di ketiga-tiga universiti tersebut dilengkapkan segera dan proses seterusnya pula akan diikuti dengan universiti awam yang lain.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta untuk bekerjasama pantas untuk menyelesaikan isu capaian internet terutama di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Ada beberapa perkara melibatkan pengurusan di kampus-kampus di bawah IPTA yang mana ada setengah IPTA, mereka mempunyai vendor yang menyediakan internet mereka sendiri.

“Perkara ini Perdana Menteri telah minta untuk dipercepat dan diuruskan dengan segera memandangkan banyak daripada kampus ini akan mula beroperasi dengan semester baharu dalam masa yang tidak terlalu lama (lagi),” katanya.

Related Posts

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah penjimatan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bukan bertujuan mengurangkan perkhidmatan kepada rakyat, sebaliknya memastikan lebih banyak dana dapat disalurkan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

AMK Sabah sambut baik peningkatan pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

AMK Sabah sambut baik peningkatan pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Peruntukan interim RM1.5 bilion wajar pacu industri padi Sabah

Peruntukan interim RM1.5 bilion  wajar pacu industri padi Sabah