Jemaah menteri cadang AG pertimbang nyahklasifikasi laporan PPK Batu Puteh

PUTRAJAYA – Jemaah menteri mencadangkan kepada Peguam Negara (AG) supaya mempertimbangkan sama ada menukar status atau nyahklasifikasi laporan akhir Pasukan Petugas Khas (PPK) Batu Puteh.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua dokumen laporan pertama dan laporan akhir itu adalah berbeza.

“Ini adalah dua dokumen berbeza, yang telah dibentangkan dalam parlimen adalah Laporan RCI Batu Puteh, dalam RCI ada rujuk kepada satu laporan PPK Batu Puteh, laporan tersebut berkisar hasil siasatan PPK yang ditubuh pada 29 Oktober 2021, dan laporan akhir telah dibentang kepada jawatankuasa pada 7 Oktober 22.

“Laporan tersebut telah bermula sewaktu zaman pemerintahan Perdana Menteri kesembilan, yang mana Yang Berhormat (YB) Kota Bharu, YB Larut, dan YB Putrajaya adalah dalam kalangan ahli jemaah menteri pada ketika itu,” katanya ketika Sidang Media Mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, tindakan ketiga-tiga ahli Parlimen daripada pembangkang yang bertindak seolah-olah seperti tidak pernah membaca laporan tersebut adalah ganjil kerana ia telah dibentang ketika mereka berada di dalam jemaah menteri ketika itu.

“Dalam mesyuarat jemaah menteri telah dimaklumkan bahawa hasil laporan bagi PPK adalah sama dengan syor yang telah dikemukakan dalam RCI Batu Puteh, bermaksud dari satu sudut kedua-dua mendapati perkara yang sama.

“Laporan PPK telah mengesyorkan agar ada pendakwaan berdasarkan pengabaian tugas oleh seorang pegawai awam. Ini juga apa yang disyorkan oleh laporan RCI.

“Jadi untuk YB Kota Bharu, YB Larut, dan YB Putrajaya bertindak seolah-olah apa yang disyorkan oleh RCI ini jauh berbeza daripada laporan yang mereka sendiri telah baca sewaktu mereka berada dalam jemaah menteri ini adalah satu perkara yang cukup ganjil,” katanya.

Tambah Fahmi penyahkelasan dokumen tersebut akan bersifat penuh kecuali pada perkara-perkara yang berkait dengan isu diplomasi, keselamatan dan pertahanan negara.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda