Tiga maut terkena renjatan elektrik


RANAU – Tiga lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib mangsa maut dikenali sebagai Wong, 54; Salleh, 34, dan Gimbal, 25 tahun manakala seorang lelaki selamat berusia 20-an dikenali sebagai Dani.

“Terdapat empat orang kontraktor menjalankan kerja-kerja pemasangan solar di bangunan pejabat JKR Ranau.

“Tiga mangsa terkena renjatan elektrik meninggal dunia di lokasi kejadian disahkan oleh pegawai KKM manakala seorang mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pukul 12.03 tengah hari setelah memastikan tiada bahaya lain wujud.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang