RCI bukan untuk balas dendam terhadap Tun Mahathir – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung sisatan jenayah terhadap pemimpin itu, seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang dilihat sebagai kurang berilmu berikutan cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.

Anwar menegaskan, Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diwujudkan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan perkara itu sehingga membawa kepada RCI bukanlah ditubuhkan ketika pemerintahan Kerajaan Madani, namun dimulakan pada pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tidak timbul (dendam dengan Tun Mahathir) pun, masa jawatankuasa (RCI) dibuat sebelum saya (menjadi Perdana Menteri) pun, itu Ismail Sabri Perdana Menteri, Menterinya (Datuk Seri) Hamzah (Zainudin), (Datuk Seri) Takiyuddin (Hassan).

“Penemuan (dalam laporan PPK) lebih teruk lagi. Jadi tak usah main (naratif dendam),” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Darul Ulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Presint 11, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, seharusnya keputusan yang dibuat oleh RCI tidak dijadikan isu oleh mana-mana pihak berikutan melibatkan kedaulatan negara yang perlu dipertahankan oleh kerajaan persekutuan.

Sehubungan itu, Anwar menyeru agar siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah membuat keputusan berhubung siasatan jenayah terhadap Mahathir.

“(Tuduhan) itu biasalah tapi dia (PN) buat dahulu macam mana, Takiyuddin buat masa itu, Hamzah buat… apa dia. Ini soal wilayah mana boleh (pertikaikan), ada ke negara lain mengizinkan begitu mudah (tanah diberi), tidak boleh begitu.

“Saya tidak cadang apa-apa, itu terserah kepada Jabatan Peguam Negara (dalam membuat keputusan),” katanya.

Semalam, pembangkang tidak bersetuju tindakan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Hamzah yang merupakan Ketua Pembangkang ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,  dibentangkan pada Dewan Rakyat semalam memaklumkan, tidak sepatutnya kerajaan menzalimi Mahathir yang merupakan seorang pejuang negara.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, biarlah sesuatu siasatan dilakukan mempunyai matlamat yang sebenar iaitu memaklumkan kepada rakyat mengenai perkara terjadi.

Related Posts

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan ketika berada di Penjara Sungai Buloh dengan berkongsi gambar lama ketika bertemu keluarganya di sebalik penghadang kaca. Menerusi hantaran di media…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

RAKYAT Malaysia menggunakan kira-kira 32.22 kilogram daging unggas seorang pada 2025, menunjukkan ayam dan produk unggas kekal antara sumber protein yang paling banyak menjadi pilihan dalam negara. Data terkini Statista…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca