Sungai Asap berjaya cipta rekod dunia menerusi arca sape terbesar di dunia

Oleh: Elina Bete

BELAGA – Sungai Asap yang terletak di Belaga, Sarawak berjaya mencipta rekod dunia dengan dengan kewujudan arca sape terbesar di dunia.

Kejayaan tersebut direkodkan oleh Elite World Record melalui dua kategori iaitu The Largest Sape Sculpture Hand Crafted From Recycled Metal’ yang terletak di Sungai Asap dan ‘The Most Participants In A Traditional Orang Ulu Music And Dance Ensemble Performance’

Timbalan Menteri Utiliti & Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa induk serta kerja serta semua  warga Belaga dalam menjayakan Pesta Kebudayaan Apau Koyan 2024.

“Tahniah juga kerana mengusahakan rekod dunia iaitu The Largest Sape Sculpture Hand Crafted From Recycled Metal’ and ‘The Most Participants In A Traditional Orang Ulu Music And Dance Ensemble Performance’,” kata beliau.

Tambah beliau, Pesta Kebudayaan Apau Koyan ini diadakan dwitahunan yang menghimpunkan pelbagai etnik dan kebudayaan Orang Ulu yang menandakan Sarawak bebas mempunyai jati diri dan identiti sendiri.

“Oleh itu, pesta kebudayaan ini merupakan satu pilihan yang tepat untuk diadakan kerana pesta ini sangat signifikan bagi masyarakat Belaga dan kaya dengan aktiviti yang menarik sehingga mampu menarik pelancong dari luar Belaga,” ujar beliau ketika berucap mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Pesta Kebudayaan Apau Koyan pada Khamis.

Liwan berkata, kepelbagaian etnik di Sarawak khasnya di Belaga adalah gambaran dan semangat sebenar Sarawak harmoni dan maju makmur yang perlu dipelihara selamanya.

“Saya menyeru agar semua rakyat untuk mengekalkan semangat perpaduan dan permuafakatan demi generasi yang akan datang,” ujar beliau lagi.

Sape merupakan salah satu warisan budaya masyarakat Orang Ulu yang menjadi keunikan budaya Sarawak.

Arca sape ini bukan sekadar hasil seni masyarakat Orang Ulu tetapi simbol semangat dan identiti masyarakat Orang Ulu.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok