Berakhirnya legasi keluarga diktator Assad

DAMSYIK – “Kami mengisytiharkan Damsyik kini ‘bebas’ daripada cengkaman pemerintahan diktator Parti Baath di bawah legasi Assad lebih lima dekad.”

Pengumuman itu dibuat puak pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) hari ini, selepas pakatan mereka menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan kempen rampasan kuasa sejak 27 November lalu.

“Jenayah rejim Presiden Bashar al-Assad selama 24 tahun, termasuk perang saudara sepanjang 13 tahun juga sudah berakhir.

“Tempoh gelap sejak pentadbiran bapanya, Hafez al-Assad sejak 1971 sudah tamat dan kini bermulanya era baharu buat Syria,” jelas pakatan itu lagi yang juga membebaskan tahanan mangsa ketidakadilan rejim Assad dari penjara.

Kejatuhan Assad turut diraikan penduduk yang berhimpun dan berarak di ibu kota.

Sejak 2018, ia adalah kali pertama puak penentang Assad mara ke Damsyik setelah tentera kerajaan merampas semula kawasan pinggir ibu kota tersebut yang dikepung selama bertahun-tahun susulan perang saudara berlarutan.

Komander Pasukan Demokratik Syria (SDF) berkata, puak pembangkang disokong Amerika Syarikat (AS) yang mengawal bahagian timur laut negara itu mengalu-alukan detik bersejarah kejatuhan Assad.

“Momen ini memberi peluang untuk membina Syria baharu berdasarkan demokrasi dan keadilan yang menjamin hak rakyat,” kata Mazloum Abdi.

Pada malam sebelumnya, puak pemberontak turut menawan bandar ketiga terbesar, Homs yang terletak di persimpangan penting antara Damsyik dan wilayah Latakia serta Tartus yang menjadi pangkalan strategik Tentera Laut Rusia.

Perkembangan konflik di Damsyik menyebabkan Qatar, Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Iran, Turkiye dan Rusia mengeluarkan kenyataan bersama untuk menzahirkan kebimbangan serta menggesa penyelesaian politik, meskipun belum ada sebarang langkah konkrit dipersetujui.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat