Tumpu pembangunan negeri, kebajikan rakyat Sabah bukan permainan politik – Rose Ardi

KINABATANGAN – Fokus utama pada masa ini seharusnya tertumpu kepada pembangunan negeri dan kebajikan rakyat Sabah bukan permainan politik yang hanya akan mengganggu keharmonian pentadbiran negeri.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Rose Ardi menerusi kenyataan media di sini pada Khamis.

Menurut Rose, desakan agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk meletakkan jawatan oleh Pemimpin UMNO dan Warisan adalah langkah bermotifkan politik jahat terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Tindakan tersebut bertujuan untuk melemahkan kestabilan politik negeri Sabah yang kini dipimpin oleh GRS.

“Ketokohan dan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang telah membawa Sabah ke arah kestabilan dan pembangunan perlu dihormati.

“Peralihan kuasa tidak sewajarnya berlaku hanya kerana kepentingan segelintir pihak yang tidak sabar berkuasa,” katanya.

Selain itu, beliau menggesa pihak pembangkang agar menghentikan permainan politik murahan dan memberi ruang kepada kepimpinan yang sedang berusaha membawa perubahan positif kepada negeri Sabah.

Tambahnya, Pergerakan Wanita GRS Lamag tetap memberi sokongan penuh kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Related Posts

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang kemudian melarikan diri ketika mangsa sedang mengalihkan baldi amaran di Kilometer (KM) 13.1 Lebuhraya Cheras-Kajang, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

JERANTUT – Perjalanan tujuh dekad FELDA yang penuh dengan cabaran dan kejayaan berjaya melahirkan generasi peneroka yang cekal serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar. Ketua Peneroka FELDA Jengka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan