Punca pendapatan terjejas, DSAT tetap akan saman MB Kedah

JITRA – DSAT Group Sdn Bhd akan tetap meneruskan samannya sebanyak RM1 bilion terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ekoran dari kenyataan beliau menyebabkan punca pendapatan pemiliknya terjejas.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Azizul Tandek berkata, mereka yakin untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya MB Kedah tidak memberikan maklumbalas kepada surat tuntutan (LOD) yang diserahkan pada 24 November lalu.

Menurutnya, kumpulan syarikat itu mempunyai beberapa rangkaian perniagaan serta hartanah di negeri ini.

“Saya beri tempoh 10 hari untuk dia minta maaf. Sekarang dah hari kesembilan, dan belum ada jawapan. Jika tiada jawapan dalam 10 hari, kita terpaksa saman supaya dia jawab di mahkamah.

“Saya juga mempunyai hartanah di Kedah dan kenyataan Sanusi itu menyebabkan sukar untuk saya mendapat kerjasama dari pelabur untuk membangunkan aset yang terdapat di Kedah ini ekoran kenyataannya tempoh hari,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyertai misi bantuan pasca banjir Majlis Belia Negeri Kedah bersama badan bukan kerajaan di Kampung Pasir, Kepala Batas, di sini.

Jelas Azizul, berdasarkan situasi semasa, DSAT Group mempunyai kelebihan di dalam isu tersebut dan barisan peguamnya juga telah bersedia untuk membawa kes berkenaan jika masih tiada jawapan dari Sanusi.

“Saya rasa dia senyap adalah satu kelebihan kepada kita mungkin dia ‘simpan dalam hati’ ataupun pura-pura tidak mahu jawab, harap dia jawablah,” ujarnya.

Pada 25 November lalu, The Malaysia Press melaporkan DSAT Group telah pun menyerahkan LOD kepada Muhammad Sanusi melalui peguam mereka, Tetuan Gunaseharan & Linda berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi pada 7 November lalu di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

DSAT Group dan Mahsuri Medical Centre (MMC) mengemukakan surat tuntutan ini bagi menuntut agar MB Kedah itu memohon maaf secara terbuka, menarik balik kenyataannya dan membayar ganti rugi sebanyak RM1 bilion.

Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) diberikan tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma