Video skandal rasuah: Masidi, Masiung tampil ke SPRM bantu siasatan

KOTA KINABALU – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah tampil ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah yang membabitkan diri mereka.

Masiung menerusi sebuah video berdurasi dua minit 27 saat yang dimuat naik di Facebooknya pada tengah hari berkata, kehadirannya ke pejabat SPRM sebagai komitmen kerjasama agar siasatan terperinci berkaitan rakaman video skandal rasuah itu dapat dilaksanakan.

“Saya juga masih bersedia sekiranya terdapat keperluan untuk memanggil saya semula bagi memberi penjelasan.

“Saya janji ketika saya dipanggil semula, saya tidak akan pura-pura sakit, tidak akan minta tangguh dan saya bertanggungjawab atas apa sahaja yang berlaku,” katanya selepas keluar dari pejabat SPRM, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Masiung turut meminta agar pengadu tampil ke SPRM untuk membekalkan video yang lengkap kerana percaya video yang ada telah disunting dan hanya berpihak kepada pengadu.

“Untuk rakyat saya di DUN Kuamut, tenang di posisi, kita tenang melangkah dan ‘tatap kalaga’ (tetap sampai),” ujarnya.

Sementara itu, Masidi juga telah secara sukarela tanpa dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu berhubung video tersebut yang turut dikaitkan dengan dirinya kira-kira pukul 8 malam, pada Selasa.

Related Posts

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026