Tidak perlu sesi kedua SPM seperti didakwa Radzi

DENGKIL – Tiada keperluan untuk melaksanakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 hanya disebabkan bencana banjir yang melanda negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana semua agensi kerajaan termasuk kementeriannya sudah bersiap siaga sepenuhnya di bawah Ops Payung bagi memastikan kelancaran kepada semua calon yang menduduki peperiksaan SPM.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini sedang melaksana persiapan secara holisitik bagi memastikan pihaknya bersedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka minggu hadapan.

“Kenapa perlu ada sesi kedua kalau boleh buat satu sesi. Kita sudah melaksanakan persiapan di bawah Ops Banjir dengan kekuatan sepenuhnya agensi kerajaan.

“Setakat ini kementerian berpuas hati dan segala (SOP) berjalan dengan sangat baik.
“Keseluruhan kehadiran calon setakat Selasa lalu adalah 99 peratus untuk ujian bertutur Bahasa Malaysia,” katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Gamuda Cove, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mencadangkan mengadakan sesi kedua peperiksaan SPM supaya calon yang terjejas banjir boleh mendudukinya selepas keadaan reda.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, pendekatan tersebut tidak mustahil dilaksanakan ekoran pernah dibuat ketika negara dilanda Covid-19 dan banjir pada 2022.

Mengulas lanjut, Fadhlina memaklumkan, sehingga kini KPM berpuas hati dengan pelaksanaan fasa pertama bagi proses pemindahan dan fasa kedua melibatkan pembugaran emosi.

Katanya, sejak hari pertama hingga ketiga, kesemua pelajar yang terlibat SPM berjaya menghadapi peperiksaan khususnya ujian lisan dengan sangat baik dan KPM

“Kini tumpuan diberikan kepada persiapan seterusnya iaitu luruan kedua bagi menghadapi gelombang kedua banjir, khususnya ujian amali sains dan ujian bertutur bahasa Inggeris. Alhamdulillah setakat ini dan kehadiran anak-anak kita sangat memberangsangkan.

“Setakat semalam keseluruhan kehadiran adalah 99 peratus untuk kehadiran ujian bertutur. Kita sedang kenal pasti yang tidak dapat hadir dan akan bawa ke sidang pada 5 Disember untuk ujian bertutur Bahasa Melayu.

“Jadi, tidak timbul soal sidang kedua kerana kita boleh susun dengan keupayaan pegawai dan agensi kita untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPM sedia mempertimbangkan cadangan pengurangan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat memohon pertukaran guru seperti ditetapkan sebelum ini bagi mengelak kisah Cikgu Din berulang.

“Isu kebajikan guru sentiasa menjadi keutamaan pihak KPM. Pertimbangan itu sentiasa ada, sebab itu dalam jawapan di parlimen, penegasan-penegasan kita, isu kebajikan guru itu menjadi keutamaan.

“Jadi, yang disebut oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) itu (longgar syarat tempoh pertukaran guru) adalah selari dengan apa yang sedang kita laksanakan sekarang dalam polisi dan dasar kita khusus berkaitan dengan isu tersebut,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

Todak Berjaya bangkit di penghujung perlumbaan, pertahan gelaran Raja Sungai Krian

Todak Berjaya bangkit di penghujung perlumbaan, pertahan gelaran Raja Sungai Krian

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta