PM gesa ambil serius isu diabetes, kurangkan gula

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya mengambil serius saranan mengurangkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman memandangkan negara sedang berusaha untuk memerangi diabetes.

Anwar berkata, ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai populasi rakyat menghidap penyakit diabetes tertinggi di dunia.

“Di peringkat negeri, dulu Kelantan, kemudian Kedah sebelum Negeri Sembilan pula ambil alih (kes tertinggi), janganlah kita berlumba-lumba untuk penyakit ini, langkah ini (kurangkan gula) cara munasabah nak elak keterlanjuran kita dan saya harap benda ini dianggap serius.

“..bukan hanya (tindakan kerajaan) melalui langkah menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai Januari depan sebanyak 40 sen seliter,” katanya semasa membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Negara pada Rabu.

Susulan itu, Anwar turut mencadangkan supaya semua premis makanan di dalam bangunan Parlimen menurunkan kandungan gula sebanyak 50 peratus dalam setiap minuman yang dihidangkan.

“Saya cadangkan kantin di Parlimen ini kita ikut seperti apa dah dilakukan Jabtan Perdana Menteri iaitu turunkan 50 peratus kandungan gula, ini wajar kerana ahli-ahli Yang Berhormat harus menjadi contoh baik,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil yang akan diperoleh akan dimanfaatkan untuk rawatan diabetes di negara ini serta menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang.

“Bagi menyokong langkah ‘war on sugar’, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.

“Tambahan hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam antaranya meliputi penambahan bekalan ubat SGLT2 inhibitors bagi kegunaan rawatan diabetes dan pusat dialisis di seluruh negara,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan