Hentikan polemik, ada sebab SPM tidak boleh ditangguhkan – NUTP

PUTRAJAYA – Semua pihak digesa agar menghentikan polemik berhubung tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 walaupun terdapat beberapa negeri dilanda bencana banjir.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, pihaknya menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk meneruskan peperiksaan SPM tersebut.

“KPM dan Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) telah bertungkus-lumus dari awal iaitu bermula dengan membina
soalan, mencetak kertas peperiksaan, agihan, pelaksanaan peperiksaan,
penandaan kertas peperiksaan dan sehingga tarikh mengumumkan keputusan peperiksaan juga telah diambilkira dengan berhati-hati.

“Justeru itu, tidak boleh sesuka hati membuat sebarang pindaan atau perubahan tambahan pelbagai pihak
terlibat dalam menyusun dan mengatur peperiksaan SPM,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Fouzi memaklumkan, peperiksaan juga telah diselaraskan dengan pihak pengajian lanjutan selepas peperiksaan SPM, selain jumlah kertas peperiksaan yang terlalu banyak juga perlu diambil kira dan diteliti.

Jelasnya, keperluan untuk SPM ditangguhkan sekiranya berdepan dengan isu banjir namun ia perlu dilihat secara holistik serta terperinci dengan mengambil kira tempoh berapa lama perlu diambil untuk penjadualan semula.

“Ops Payung yang dirancang telah menempatkan calon-calon yang terjejas akibat banjir di beberapa asrama yang terpilih. Secara keseluruhannya seramai 402,956 calon yang mendaftar di 3337 pusat peperiksaan serta melibatkan 126,636 orang petugas sedia maklum akan perkara ini.

“Peperiksaan bertulis seperti di dalam takwim peperiksaan akan diadakan pada 2 Januari 2025 hingga 6 Februari 2025. Ketika itu diharapkan keadaan banjir akan pulih seperti biasa. Perkara itu perlu diambilkira oleh pihak KPM dan LPM. Justeru, rungutan berkaitan dengan buku rujukan dan pakaian adalah tidak relevan,” katanya.

Dalam pada itu, Fouzi berkata, KPM cakna akan keselamatan dan kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir semasa peperiksaan berlangsung.

Beliau menegaskan, kementerian juga sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah persediaan sewajarnya, termasuk bekerjasama dengan agensi Kerajaan lain yang berkaitan bagi memastikan SPM berlangsung dengan lancar dan teratur.

“NUTP menyokong sepenuhnya dan menghargai segala usaha dan
perancangan awal yang dibuat oleh KPM dan LPM bagi memastikan peperiksaan
ini berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita amat berharap masyarakat
tidak mempolemikkan isu banjir ini agar suasana akan lebih harmoni dan mereka
yang terlibat dengan banjir tidak ditambah beban dan emosi mereka.

“Semoga semua mangsa banjir dalam kalangan guru dan murid bersabar dan tenang menghadapi dugaan. Musibah banjir datang dan pergi, namun perjuangan anak-anak calon SPM harus diteruskan dengan penuh tabah dan semangat juang yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, KPM akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula kelmarin hingga Khamis.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat daripada pihak keselamatan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL), yang berkemungkinan berpanjangan sehingga Februari 2025.

Sehubungan itu, Fadhlina menempelak pihak yang cuba memainkan sentimen perkauman dalam isu calon SPM menduduki peperiksaan pada musim banjir yang menegaskan bahawa musibah yang menimpa bukan masa untuk mereka mengambil kesempatan.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor