NUBE gesa mansuh fi RM1 pengeluaran wang di ATM

PUTRAJAYA – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menggesa Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan 11 bank lain memansuhkan fi pengeluaran tunai RM1 di mesin pengeluaran automatik (ATM).

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, fi dikenakan kepada pelanggan membebankan keluarga berpendapatan rendah yang masih dalam proses pemulihan ekonomi selepas Covid-19.

“Pada 3 April 2020, PayNet mengumumkan pengecualian fi RM1 kerana mengiktiraf beban kewangan dihadapi rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun pada Februari 2022, fi ini dikenakan semula dan NUBE percaya majoriti pelanggan terkesan dengan fi ini adalah kumpulan berpendapatan rendah, termasuk sejumlah besar ahli NUBE sedang bergelut memenuhi keperluan kekeluarga.

“Mengenakan fi ini terhadap individu yang kerap menggunakan ATM di luar rangkaian perbankan bukan saja tidak adil, malah menyukarkan lagi cabaran kewangan dihadapi mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, kos tambahan RM1 bagi setiap transaksi tanpa disedari akan semakin bertambah dengan pantas dan bakal menjejaskan sumber individu yang sudah terhad.

Katanya, pada awal Oktober lalu, NUBE menulis kepada BNM dan bank komersial yang lain untuk menasihatkan PayNet supaya menghapus atau mengecualikan bayaran tersebut.

“Pendirian NUBE adalah tanggungjawab moral PayNet dan pemegang sahamnya, selain tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) lestari demi kepentingan rakyat dan negara.

“Walaupun menerima maklum balas daripada BNM dan beberapa bank, tidak ada satu pun yang memberikan komitmen tegas bahawa fi RM1 itu akan diketepikan.

“Kami menggesa PayNet serta bank komersial lain mementingkan empati dan tanggungjawab sosial dalam operasi mereka.

“Fi pengeluaran sebanyak RM1 itu secara tidak adil menjejaskan mereka yang paling tidak mampu,” ujarnya.

Related Posts

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan