Keretakan Pas-Bersatu untungkan Kerajaan Madani, lebih dekat di hati rakyat

KUALA LUMPUR – Hubungan Pas dan Bersatu yang ketika ini bagaikan ‘retak menanti belah’ dilihat memberi kelebihan kepada Kerajaan Madani dalam meningkatkan prestasi, selain memastikan setiap dasar yang dibawa akan memberi impak maksimum kepada rakyat serta negara.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pembangkang ketika ini terus menonjolkan kelemahan dalam persiapan dan kurangnya kebertanggungjawaban dalam membawa isu-isu yang bermakna untuk kepentingan rakyat.

Menurutnya, tekanan politik dari dalaman dan kelembapan dalam menjadi semak dan imbang kepada kerajaan membangunkan pelan pembangunan negara menyebabkan imej negatif masyarakat mula dilontarkan kepada Perikatan Nasional (PN)

“Dalam politik, sudah tentu lumrah pembangkang mempunyai isu-isu untuk menekan kerajaan manakala Kerajaan Madani akan berterusan dalam membantu rakyat namun apabila dikatakan berlakunya perpecahan (Pas dan Bersatu), permasalahan dalaman, Kerajaan Perpaduan mula mendapat keuntungan dari apa dilakukan secara konsisten.

“Kenyataan Jurucakap Kerajaan Perpaduan (Fahmi Fazil) untuk terus memastikan Kerajaan Madani melakukan terbaik kepada rakyat perlu diteruskan untuk kepentingan masyarakat cuma pembangkang tertakluk kepada mereka kerana mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja untuk meneruskan aspirasi mereka.

“Bagaimanapun, pembangkang harus adil dalam mempertikai isu-isu berkepentingan negara, khususnya sebagai satu langkah penambahbaikan secara bersama dan Kerajaan Perpaduan harus kekal konsisten dengan menjawab isu secara holistik, melaksana misi dan matlamat secara terbaik,” katanya kepada The Malaysia Press ketika ditemui selepas Program Diwan Informasi, pada Khamis.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR menyifatkan hubungan pembangkang Pas serta Bersatu semakin panas berikutan ‘perbalahan’ isu ‘poster boy’ (calon Perdana Menteri) dalam PN dan terbaharu pengguguran wakil Bersatu dalam rombakan Kabinet Negeri Perlis.

Selain isu dalaman, beliau turut menyifatkan prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam persidangan Dewan Rakyat.

Mengulas berkenaan strategi pembangkang ‘menjual’ nama Islam dan Melayu bagi meraih undi, Noor Nirwandy berkata, sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan percaturan itu yang bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga PN serta kerajaan.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM menegaskan, pembangkang mempunyai ruang agak baik untuk melontarkan usul serta isu berkaitan dengan prestasi kerajaan, masa depan demokrasi negara atau perkara membabitkan kepentingan rakyat.

“Kerajaan Madani memerlukan sokongan yang baik dari pembangkang untuk memperhalusi pembangkang secara berhemah, berbudi, serta ada tatakelola dari pembangkang untuk memberi nilai tambah serta mempunyai kemampuan membincangkan isu yang substantif selain memperhalusi aspirasi yang positif dilakukan Kerajaan Madani.

“(PN) kena bersikap matang dalam politik negara dan tidak lagi boleh berlarutan susulan kita mahu satu bentuk gabungan kerajaan yang kuat dinilai serta diteliti secara terperinci oleh pembangkang yang sentiasa menekankan dengan cara berinovasi dalam memastikan kerajaan mencapai tahap terbaik serta membawa kebaikan kepada masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Noor Nirwandy yang juga merupakan pakar gerak saraf UiTM menegaskan sudah sampai masanya pembangkang menghentikan polemik tidak sihat susulan masyarakat memerlukan pemikiran baharu lebih kreatif, inovatif dan berintegriti untuk meningkatkan darjat rakyat dan memartabatkan negara di persada dunia.

“Henti mempermainkan isu-isu tidak relevan, ia satu keadaan politik yang tidak sihat. Seharusnya pembangkang meraikan kepelbagaian, hentikan agenda tidak berasas sehingga memperlekeh prinsip-prinsip asas negara.

“Sebelum ini, ada yang memutar belit penyampaian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (menyokong negara Israel) sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam berdaulat, tidak pernah menyokong apa apa kepentingan Israel dan mengiktiraf negara Israel yang menindas rakyat di Palestin.

“Itu merupakan agenda berkepentingan atau sorotan bermotifkan politik, yang dilihat bertentangan dengan nilai murni sebuah negara Islam. Tindakan itu tidak bertanggungjawab namun saya percaya masyarakat lebih matang untuk menilai aspirasi dibawa oleh Perdana Menteri dalam memastikan rakyat di Gaza diberi perhatian khusus agar mereka tidak lagi ditindas oleh Israel,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian