Kerajaan fokus beri pemahamanan rasionalisasi subsidi diesel

KUALA LUMPUR – Kerajaan pada ketika ini ingin fokus dalam memberikan penjelasan dan pemahaman kepada rakyat mengenai rasionalisasi subsidi diesel.

Justeru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelaksanaan penyasaran subsidi membabitkan bahan api RON95 adalah tidak berbangkit pada ketika ini.

“Tidak berbangkit lagi, kita mahu uruskan dengan diesel, beri kefahaman betul, sebab kadang-kadang perkara itu dipusingkan.

“Saya beritahu, kalau betul-betul ada masalah dengan diesel beritahu kerajaan, kita tak mahu bebankan rakyat. Tetapi kalau tak buat, hasil tak bertambah, hutang tak bertambah,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan rasionalisasi subsidi juga adalah antara usaha dan inisiatif komprehensif dilakukan kerajaan untuk merangkumi spektrum lebih meluas bagi membantu mengurangkan pinjaman tahunan kerajaan.

Anwar berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center. Beliau merasmikan persidangan yang dianjurkan secara bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM).

Related Posts

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan dan keyakinan pelabur diperkukuh. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kemajuan JS-SEZ perlu dinilai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng