Jangan salah guna Qunut Nazilah demi kepentingan politik, peribadi – IKIM

PUTRAJAYA – Tidak sepatutnya Qunut Nazilah yang merupakan doa khusus bagi umat Islam ketika menghadapi ancaman besar terhadap agama serta keselamatan mereka digunakan dalam konteks perselisihan atau konflik sesama Muslim.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, tindakan membaca dan ditujukan kepada sesama Muslim adalah bertentangan dengan prinsip persaudaraan berikutan mampu menimbulkan perpecahan serta kebencingan dalam kalangan umat Islam.

Menurut beliau, perkara tersebut juga bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang menegaskan seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain dan tidak boleh menzalimi, menghina dan merendahkannya.

“Ikim menyeru semua pihak agar berhati-hati dalam menggunakan Qunut Nazilah dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan politik atau peribadi.

“Kita harus sentiasa berusaha untuk menyelesaikan perselisihan dengan cara yang baik, melalui dialog, musyawarah, dan perdamaian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azam menggesa semua pihak agar merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan mendapatkan nasihat daripada ulama yang berkelayakan.

“Keperluan rujukan secara terperinci dilakukan sebelum membuat sebarang tindakan atau keputusan yang berkaitan dengan agama.

“Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam, serta berusaha untuk menyebarkan nilai-nilai Islam yang sebenar, iaitu kasih sayang, toleransi dan persaudaraan,” katanya.

Pada Khamis, Ahli Parlimen pembangkang dilaporkan membaca doa Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Parlimen susulan usul Jabatan Perdana Menteri kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan. Surat layang itu berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menegaskan umat Islam tidak boleh membaca Qunut Nazilah kepada sesama Muslim ketika terdapat pertembungan tidak mengira apa jua sebabnya termasuk perselisihan politik.

Pejabat Mufti yang menjawab soalan tersebut, seperti dikemukakan di laman Facebook menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrem dan melampau dalam agama. 

Related Posts

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

  • By Siti
  • May 18, 2026
Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya