Jawatankuasa khas selesai isu beras putih tempatan

PUTRAJAYA – Sebuah jawatankuasa khas sedang disusun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mencari penyelesaian isu kekurangan beras putih tempatan (BPT).

Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya juga sedang melaksanakan sesi libat urus dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengatasi masalah itu.

“Ini (isu kekurangan beras putih tempatan) sedang kita tangani sekarang. Jawatankuasa khas sedang dibuat dan Ketua Setiausaha KPKM mengambil isu ini sebagai isu besar.

“Kita sedang mencari jalan terbaik dan libat urus juga dibuat dengan beberapa kementerian antaranya KPDN untuk menghadapi masalah (kekurangan) beras… beras ada cuma kita kekurangan beras putih tempatan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor 2024 di Shah Alam, hari ini.

Mohamad ditanya isu kekurangan BPT di pasaran sehingga menimbulkan pertikaian banyak pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang membangkitkan mengenainya pada sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata pihaknya ketika ini juga dalam usaha mentransformasikan agensi dan badan berkaitan pengeluaran padi negara termasuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan.

“KPKM juga sedang giat mempromosikan penanaman padi ala Sekinchan secara besar-besaran untuk meningkatkan pengeluaran padi pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya