Stigma kerajaan persekutuan, negeri ‘tidak sebulu’ tidak benar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mencari titik persefahaman dengan mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, stigma kerajaan pusat dan kerajaan negeri ‘tidak sebulu’ adalah tidak tepat berikutan kedua-dua pihak sentiasa mengadakan perbincangan bersama dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Sebab itu adanya perbincangan dilakukan. Dalam konteks Sabah dan Sarawak ada MA63 (Perjanjian Malaysia), ada jawatan teknikal dan banyak perkara dipersetujui telah dapat dilaksanakan.

“Sudah pasti masih ada perkara yang belum dipersetujui. Suara-suara itu masih berlaku di Sabah dan Sarawak, tapi kita sentiasa mendengar serta mencari jalan menyelesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi TownHall pada Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar
serta barisan Menteri yang lain.

Mengulas lanjut, Fadillah menegaskan,
tujuan utama lawatan Anwar ke negeri-negeri adalah untuk bertemu dengan pemimpin tempatan dan mendengar taklimat tentang apa sahaja perkara berbangkit di negeri terbabit.

Beliau yang juga yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi berkata, rundingan itu dilaksana secara holisitik sehingga satu persetujuan diperoleh antara kerajaan negeri dan persekutuan sebelum ia dilaksanakan.

“Kita selesaikan permasalahan yang timbul secara bersama. Taklimat itu akan membincangkan pendekatan kerajaan Persekutuan dan mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri.

“Perbincangan dilihat dari segi projeknya, pelaksanaannya, apa lagi kelemahannya. Pendekatan diambil Perdana Menteri telah mengeratkan lagi hubungan di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah memaklumkan terdapat perkara memerlukan masa untuk mencapai penyelesaian susulan keperluan diperhalusi terlebih dahulu, khususnya berkaitan tafsiran undang-undang yang berbeza antara negeri dan persekutuan.

“Ini termasuklah peruntukan dalam keadaan negeri-negeri itu sendiri, sebab setiap negeri ada hak diperuntukkan, asalkan kita dalam lingkungan perlembagaan perundangan. Insya-Allah,
Malaysia akan kekal utuh, kestabilan terjamin untuk membangunkan negara,” katanya.

  • Related Posts

    Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

    KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

    KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

    Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

    Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

    Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

    Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

    Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

    Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

    Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

    Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

    Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

    Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

    Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini