Sambutan Anwar ‘Hero Palestin’ esok di KLIA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sambutan ‘Hero Palestin’ esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus kepulangannya dari siri lawatan kerja di luar negara.

Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur), Mustapa Mansor mengajak orang ramai yang berkelapangan meluangkan masa menyambut ketibaan Perdana Menteri di KLIA esok (Rabu).

“Insya-Allah esok Perdana Menteri akan kembali ke tanah air, kita berharap rakyat Malaysia yang ada kelapangan mari kita sambut Hero Palestin ini.

“Gelaran Hero Palestin ini bukan baru ya, bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat pernah melabel Anwar sebagai ‘anak Palestin’ atas kelantangan beliau membawa perjuangan ini di peringkat global.

“Kita akan berkumpul jam 9 pagi di Petronas KLIA dan kita akan bergerak sama-sama menyambut kembalinya Perdana Menteri kita di KLIA esok,” seru Mustapa ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Selasa.

Untuk rekod, ketika berada di Riyadh beberapa hari lalu Anwar telah mengusulkan agar Israel disingkirkan dari keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak