Tiada bonus penjawat awam negeri, ini alasan MB Terengganu

KERAJAAN Terengganu memberi alasan tidak mahu menjanjikan sesuatu yang belum pasti berikutan tiada pengumuman bonus kepada penjawat awam negeri dalam Belanjawan 2025.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana kerajaan negeri perlu membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

“Dalam keadaan sekarang, kita nak umumkan dari segi angka dan jumlah itu, kita kena mohon dahulu (dari MOF).

“Setelah dapatkan pengesahan bahawa ia (peruntukan) akan diberi barulah kita laksanakan.

“Jadi kalau kita umum dahulu (bonus) namun tak dapat pengesahan lagi, bermakna kita umum benda yang tak adalah…. sebab itu kita nak umum benda yang ada (setelah peruntukan diluluskan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membentangkan Belanjawan 2025 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya akan mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam di negeri ini setelah peruntukan yang dimohon kepada MOF telah diluluskan.

“Surat telah dihantar kepada MOF beberapa bulan lalu untuk dapat kelulusan. Sudah dapat kelulusan barulah kita umumkan (bonus).

“Insya-Allah… (bonus) ada. Kita akan umum kemudian setelah dapat kelulusan,” katanya.

Ahmad Samsuri memaklumkan jumlah bonus yang bakal diterima oleh kira-kira 14,000 penjawat awam negeri tertakluk kepada kelulusan yang bakal diberi MOF nanti.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel