Belanjawan Sabah 2025: Kunak tidak terkecuali Pembangunan Luar Bandar

KUNAK – Daerah Kunak tidak terkecuali dengan inisiatif menerusi pembangunan Bandar dan Luar Bandar yang diumumkan pada Pembentangan Belanjawan Sabah 2025, pada Jumaat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak RM345.93 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian
Pembangunan Luar Bandar, Pejabat-Pejabat Daerah dan Pejabat-Pejabat Daerah Kecil.

“Kerajaan Sabah akan membina bangunan baharu Pejabat Daerah Kunak, Pejabat Daerah Kecil Sukau dan Bangunan Urusetia Pejabat Daerah Kecil Kiulu pada tahun hadapan bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan awam di daerah tersebut,” katanya semasa membentangkan belanjawan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Kerajaan Sabah turut memperuntukkan sebanyak RM20.01 juta untuk pembinaan dewan serbaguna di beberapa daerah lain termasuk pembinaan baharu Dewan Masyarakat Kunak serta pembangunan Kompleks Sukan Kunak disyorkan untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tahun 2026.

Berita gembira itu turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif menerusi Facebook rasminya pada Jumaat.

“Pembinaan Pejabat Daerah Kunak dan Dewan Masyarakat Kunak yang baharu juga diumumkan. Terima Kasih Rumah baru GRS.

“Kerajaan GRS Sabah mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan Kunak akan dimulakan pada tahun 2026 (RMk13). Terima Kasih,” catat Norazlinah.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji kepimpinan kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang komited dalam melaksana program pembangunan dan sukan luar bandar.

Warganet turut menzahirkan penghargaan kepada Norazlinah atas usahanya selaku wakil rakyat dalam membangun daerah Kunak seiring daerah lain di Sabah.

“Alhamdulillah. Terima kasih Kak YB (Yang Berhormat) sentiasa memperjuangkan Kunak. Bertambah bersemangat berjuang tuk PGRS,” tulis Julita.

“Apala ba lagi bukti yang diperlukan oleh orang Kunak. Semua ada depan mata sudah. Buka mata dan nilailah sendiri. Kerajaan dulu dan kini. Tanpa GRS tidak merasa la kali kunak ni,” catat Norisnah Aldam.

“Alhamdulillah setelah sekian lama kunak menanti akhirnya impian terlaksana. Tahniah YB kunak dan kerajaan GRS,” tulis DM Nazaruddin.

Related Posts

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

SEMPORNA – Sebanyak 6,850 liter minyak petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas dalam dua operasi berasingan di kawasan rumah tidak bernombor, perkampungan atas air di Kampung Mesra, pada Isnin. Kementerian Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki menikam suaminya sehingga parah dalam satu insiden pergaduhan di sini, pada Isnin. Menurut kenyataan media Polis Daerah Kota Samarahan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter