Anwar nafi iktiraf Israel, kekal sokong perjuangan Palestin

MALAYSIA konsisten dengan pendirian bahawa negara ini tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar membidas pihak yang memfitnah beliau kononnya mengiktiraf Israel sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.

“Politik apa macam ni? Memperbodoh rakyat, menipu, memfitnah atas nama Islam. Ini yang disebut penunggang-penunggang agama yang tak reti nak ulas.

“Kalau orang tanya, apakah wujudnya Israel? Ia wujud. (tetapi) Malaysia tidak iktiraf, maknanya tidak hantar pegawai kedutaan, tidak ada hubungan diplomatik. Itu maksudnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).

Isu berkenaan berbangkit berikutan wawancara Anwar bersama stesen televisyen CNN baru-baru ini yang menjadi tular apabila disunting sehingga menimbulkan dakwaan seolah-olah Malaysia mengiktiraf negara haram Israel.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel secara ‘de jure’, meskipun mengakui kewujudan negara itu sebagai fakta ‘de facto’.

Malah katanya, ketika berada di Riyadh baru-baru ini, beliau mengusulkan agar Israel disingkirkan dari keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, ia satu langkah yang mencerminkan pendirian tegas Malaysia terhadap dasar penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau turut membidas pihak yang memanipulasi kenyataannya di luar konteks.

Related Posts

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1