Mangsa rempuhan kayu balak ditidurkan kali kedua

KOTA BHARU – Mangsa dirempuh balak, Siti Norelyana Kamaruzaman, 21, kembali ditidurkan kali kedua bagi membuat rawatan membuang air dalam perut disebabkan mempunyai masalah berkaitan paru-paru.

Ibunya, Miskalsom Doman, 59, berkata, anaknya itu ditidurkan semula bagi tujuan untuk menjalani proses rawatan membuang air yang berada dalam perut akibat mempunyai masalah pada bahagian paru-paru.

Katanya, anaknya itu bagaimanapun kini kembali stabil dan terus berharap agar anaknya itu segera kembali sembuh selain berharap orang ramai terus mendoakan buat anaknya itu.

“Alhamdulillah, anak saya kembali stabil selepas ditidurkan kali kedua untuk rawatan membuang air dalam perug akibat masalah pada paru-paru.

“Selepas proses tersebut keadaan anak saya kini kembali stabil dan perutnya juga kembali kempis selepas proses membuang air yang berasa dalam perut.

“Jadi saya minta orang ramai serta seluru terus mendoakan kesihatan dan kesembuhan buat anak saya,” katanya.

Norelyana bagaimanapuntelah ditidurkan sejak Jumaat lalu bertujuan untuk prosedur rawatan oleh pakar Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu.

Dalam kejadian 11.23 pagi, 9 Julai lalu, Siti Norelyana parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Susulan itu mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

Related Posts

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

KUNAK – Tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih hak Sabah dan isu yang masih belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuangkan oleh Kerajaan Sabah. Ketua Menteri Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16