Kasari penceramah di Kem Sungai Besi: Tindakan Mindef bergantung siasatan polis

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan pihaknya akan menunggu hasil siasatan polis berhubung kes penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa diugut dan dikasari dalam satu program ceramah motivasi di Kem Sungai Besi, Jumaat lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan yang bakal diambil pihaknya akan diputuskan selepas hasil siasatan polis diterima.

Ini kerana, katanya kedua-dua belah pihak sudah membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

“Sebenarnya kedua-dua pihak membuat aduan polis. Jadi kita tunggu laporan daripada siasatan polis, apa sebenarnya insiden yang berlaku.

“Laporan daripadanya akan menentukan tindakan yang sewajarnya,” katanya semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai dakwaan penceramah terbabit yang diugut dan dikasari pegawai pada satu program ceramah motivasi di Kem Sungai Besi.

Mejar (B) Mohamad Qayyum Badaruddin, 56, dilapor mendakwa beliau dilemparkan kata-kata kesat dan dikasari seorang pegawai yang juga kaunselor, dipercayai dari Unit Kaunseling Markas ATM ketika hendak memberi ceramah kepada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Qayyum berkata, pegawai terbabit juga mengugut untuk menumbuknya sambil menambah beliau tidak perlu dihormati kerana bukan lagi seorang pegawai tentera.

Related Posts

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

AYER KEROH –  PKR mampu mencipta satu lagi kejutan politik pada 2028 berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam tempoh setiap 10 tahun. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

AYER KEROH – PKR memberi peringatan terbuka kepada mana-mana pihak agar tidak tergesa-gesa memasang angan-angan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ketika kerajaan semasa sedang giat memulihkan negara. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?