KPM lulus lima tuntutan tambahan oleh Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan lima tuntutan tambahan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sabah sebagaimana yang telah diluluskan kepada Kerajaan Sarawak.

Perkara itu membabitkan perancangan projek, perkongsian maklumat mengenai perpindahan pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ke ibu pejabat KPM dan perkongsian data pendidikan.

Menurut kenyataan KPM, Sabah juga mengemukakan satu tuntutan baharu berkaitan fleksibiliti dan autonomi dalam penggunaan peruntukan bencana berdasarkan keperluan atau kesegeraan.

“KPM bersetuju dengan tuntutan ini dan akan menambah baik prosedur pengendalian standard (SOP) sedia ada untuk perolehan kecemasan bagi menuntukan peruntukan serta kaedah perolehan.

“Ini dapat membantu penyelesaian segera ketika bencana dan mengatasi isu-isu berbangkit,” kata kenyataan itu di sini pada Khamis.

Kesemua perkara berkenaan diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sabah Bilangan 1 Tahun 2024 di Putrajaya, Selasa lepas.

Mesyuarat itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Antara keputusan penting yang turut dipersetujui dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan pengambilan guru baharu yang dipecahkan mengikut tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Mesyuarat juga bersetuju memasukkan citra Sabah dalam kurikulum dan dasar pendidikan negara,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

TAWAU – Pelbagai inisiatif kesedaran terus diperkasa bagi melindungi dan menangani peningkatan kes termasuk jenayah dan seksual melibatkan golongan remaja bawah umur di negeri ini. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan