89% rumah mampu milik siap dibina di seluruh negara – KPKT

SEBANYAK 443,259 unit rumah mampu milik telah dibina di seluruh negara setakat September, menghampiri sasaran 500,000 yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pencapaian sebanyak 89 peratus itu berstatus siap dibina, manakala dalam pembinaan dan perancangan berbaki 56,741 unit.

“Kerajaan yakin sasaran ini dapat dicapai pada penghujung pelaksanaan RMK12 oleh agensi penyedia perumahan di peringkat kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.

“Pencapaian ini dipantau Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin mengenai strategi kerajaan menangani kenaikan harga hartanah dan kekurangan rumah mampu milik di negara ini.

Aiman Athirah menambah, KPKT juga memberi komitmen tinggi bagi mengimbangi keperluan menyediakan kediaman mampu milik, tanpa mengetepikan aspek kualiti pemajuan rumah.

Jelasnya, pelbagai inisiatif turut dibuat bagi meningkatkan penyediaan rumah itu, termasuk Program Perumahan Rakyat atau Program Residensi Rakyat dan Program Rumah Mesra Rakyat.

“Peluang kerjasama dengan Kerajaan Negeri membangunkan projek rumah mampu milik terus diterokai, di samping menggalakkan pemaju swasta membangunkannya melalui pemberian insentif,” katanya.

Related Posts

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan keperluan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran kelembapan ekonomi global yang dipengaruhi oleh peningkatan kos dunia serta gangguan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

PUTRAJAYA – Malaysia perlu memperkukuh keupayaan dalam mengurus ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar susulan ketegangan geopolitik semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, meskipun sebahagian tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah