Menu Rahmah ditawarkan secara bersasar mengikut kawasan

KERAJAAN akan mengkelaskan secara bersasar di kawasan yang bersesuaian bagi ditawarkan kemudahan Menu Rahmah oleh peniaga, berbanding secara meluas di seluruh negara sebelum ini.

Bercakap di Dewan Rakyat, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengakui kenaikan kos menyukarkan sesetengah peniaga untuk terus menawarkan hidangan Menu Rahmah.

“Atas sebab ini, kami sedang berbincang (mengenai perkara itu). Namun, kami tidak akan memberikan subsidi langsung kepada peniaga.

“Kami sedang mempertimbangkan untuk memberi peniaga di kawasan sasaran akses kepada pembelian pukal melalui Program Jualan Rahmah Madani (PJRM), tetapi ini akan berdasarkan kriteria seperti ketekalan peniaga dalam menawarkan Menu Rahmah,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Armizan berkata, kerajaan akan memprofilkan kawasan tertentu yang bersesuaian mengikut keperluan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan, Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang bertanyakan perkembangan terkini capaian Menu Rahmah.

Antara lain, beliau berkata, pihaknya sedar kesukaran peniaga menjalankan program terbabit yang berkonsepkan sukarela dan cuba membantu dengan menjual barangan pada harga munasabah menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM).

“Jadi kita harap dengan pendekatan yang kita laksanakan melalui PJRM, kita dapat libatkan peniaga Menu Rahmah,” katanya.

Related Posts

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneruskan rundingan dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi memuktamadkan kadar elaun baharu berdasarkan jam tugasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

SHAH ALAM – Sebuah firma audit bebas dilantik bagi menjalankan audit forensik berhubung perkara-perkara khusus melibatkan hubungan korporat dengan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Berhad (FGV) . Agensi itu memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

DKU: Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz tidak sah

DKU: Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz tidak sah

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum