Kaji semula ekosistem pendidikan UPNM, KPT tak akan lepas tangan kes buli

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengemukakan saran supaya ekosistem pendidikan dikaji semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau berkata, kes penuntut dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan, melibatkan pengambilan di bawah ALK.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan selaku menteri bertanggungjawab dalam hal ALK ini, dan apakah langkah-langkah yang boleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama memastikan supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Kita perlu tegas dan tindakan-tindakan perlu diambil termasuk tindakan perundangan terhadap pelaku,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran buku Tun Abdul Razak Imagining Malaysia’s Future Through His Lenses, pada Selasa.

Beliau berkata, pihak KPT mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama untuk memastikan keselamatan penuntut termasuk mereka yang berada dalam kawalan ALK.

“Saya tidak boleh mengambil pendekatan lepas tangan sahaja, sebab mereka sebahagian daripada pelajar tetapi sistemnya agak berlainan,” katanya.

Zambry memaklumkan beliau telah mengarahkan kesemua naib canselor di peringkat universiti supaya memastikan perbuatan buli dipantau dengan rapat dan mengambil tindakan segera terhadap pelaku sekiranya terdapat kejadian itu.

“Saya hendak menekankan bahawa kerajaan dan KPT khususnya tidak akan bertolak-ansur sama sekali dengan sebarang perbuatan buli di mana-mana institusi pengajian tinggi dan inilah dasar yang kita tetapkan.

“Saya telah mengarahkan (tindakan) (terhadap apa) yang berlaku di ALK, meskipun ia bukan terletak di bawah pengawasan UPNM namun kita tidak mahu mengambil pendekatan mengatakan ini bukan dalam bidang kuasa kita, tetapi paling mustahak ialah kita perlu bertegas dalam soal seperti perbuatan buli,” lapor Bernama.

Ahad lepas, polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian yang membabitkan seorang penuntut UPNM berusia 19 tahun, yang disyaki dipijak sehingga cedera parah di rusuk dan belakang badan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.

Bulan lepas, satu insiden lain pula melibatkan kes buli di universiti yang sama, dengan seorang pegawai kadet ALK UPNM telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika wap panas.

Related Posts

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – Keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai langkah sukar yang mencerminkan kepimpinan berteraskan prinsip tanpa mengabaikan kepentingan pentadbiran kerajaan. Pengarah Dasar Kebangsaan DAP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

KERAJAAN perlu menjelaskan dengan tuntas apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran untuk melaksanakan keputusan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63