43 mayat ‘terperangkap’ di bawah runtuhan susulan serangan Israel di Selatan, Timur Lubnan

BEIRUT – Pertahanan Awam Lubnan mengesahkan penemuan 43 mayat warga Lubnan dan beberapa penduduk yang lain ditemui , berada di bawah runtuhan bangunan serta mengalami kecederaan serta mengalami pelbagai kecederaan susulan serangan Israel di selatan dan timur Lubnan pada Ahad.

Di daerah Byblos, dalam wilayah Mount Lebanon, pasukan Pertahanan Awam berjaya mengeluarkan 24 mayat dan menyelamatkan lapan orang yang cedera dari runtuhan, menurut laporan Agensi Berita Nasional Lubnan.

Di kampung Deir Qanoun Ras Al-Ain yang terletak dalam wilayah sama, pasukan Pertahanan Awam turut menemui mayat lima mangsa dan menyelamatkan dua orang yang cedera.

Selain itu di kampung Adloun yang turut berada di dalah wilayah Mount Lebanon, tiga mayat ditemui manakala dua lagi mayat ditemui di bawah runtuhan di bandar Haniyeh, menurut agensi tersebut.

Di wilayah Beqaa di timur Lubnan pula, pasukan Pertahanan Awam menemui sembilan mayat dan menyelamatkan lima orang yang cedera dari bandar Bednayel, Rasm al-Hadath dan Saraain El Faouqa.

Semalam 10 November, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di timur dan selatan Lubnan pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Anadolu.

Kenyataan kementerian itu menyebut bahawa serangan Israel di bandar Aalamat di daerah Jbeil di timur Lubnan mengorbankan 23 orang, termasuk tujuh kanak-kanak.

Kementerian turut memaklumkan bahawa enam lagi cedera dalam serangan itu, sementara usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa yang terselamat.

Menurut kementerian tersebut, jumlah kematian dijangka meningkat kerana mayat mangsa bertaburan di kawasan tersebut.

Di samping itu, tiga orang turut terbunuh dan dua lagi cedera apabila pesawat tempur Israel melancarkan serangan di bandar Mashghara di timur Lubnan.

Seorang lagi terbunuh dan empat orang cedera dalam serangan lain di Sohmor, wilayah Bekaa barat di timur Lubnan, menurut kenyataan tersebut.

Tiga paramedik turut terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pusat kesihatan di bandar Aadloun, selatan Lubnan, tambah kementerian itu.

Setakat 11 November, angka korban akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 3,189 kematian, dan 14,078 kecederaaan termasuk serangan terbaharu yang turut meragut nyawa 53 warga Lubnan dan mencederakan 99 yang lain.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM