Syarat tertentu akan dikenakan kepada U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua

PUTRAJAYA – Sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara, syarikat U Mobile Sdn Bhd sudah pasti akan dikenakan syarat-syarat tertentu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membangunkan rangkaian tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, masih agak pramatang untuk memaklumkan apa syarat-syarat yang akan dikenakan tetapi akan mengambil kira pengalaman penyedia rangkaian 5G pertama negara sebelum ini.

“Ada syarat, tapi saya rasa agak pramatang untuk saya maklumkan apa-apa syarat yang akan dikenakan, memang kalau kita lihat pengalaman sebelum ini bila kita saksikan penggabungan antara Celcom dan Digi, ia datang dengan sejumlah syarat yang dikenakan oleh badan kawal selia yakni MCMC.

“Sudah pasti, malah kalau kita lihat dalam pelaksanaan rangkaian 5G pertama di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) juga ada dikenakan syarat tertentu, bagi rangkaian kedua sudah pasti ada syarat tertentu yang akan dikenakan tapi apakah syarat-syarat tersebut, kena melalui proses dahulu,” katanya semasa sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

Jelasnya, pihak MCMC akan memanggil pihak U Mobile untuk mendapatkan penjelasan mengenai apakah perbincangan terkini di antara pihak U Mobile dengan mana-mana syarikat yang ingin bekerjasama dengannya.

“Dari situ, beberapa pertimbangan akan diberikan kerana kita perlu sedar, mekanisme yang akan dikenakan bagi rangkaian kedua ini adalah melalui pegangan spektrum (spectrum holdings) sama ada melalui ‘Apparatus Assignment’ atau ‘Spectrum Assignment’.

“Jadi kedua-dua ini adalah instrumen yang ada dalam tangan MCMC, dan dalam meneliti apakah cara terbaik, maka di situ MCMC boleh mengenakan syarat-syarat tertentu tapi macam saya sebut tadi, pramatang untuk saya sebut secara terperinci apakah syarat-syarat yang dimaksudkan,” ujarnya.

Tambahnya, pengalaman boleh diambil daripada apa yang berlaku dengan celcom digi dahulu dari segi pelupusan anak syarikat dan pengembalian spektrum.

“Tapi MCMC boleh ambil pengalaman dengan apa yang berlaku terhadap CelcomDigi dahulu, iaitu pelupusan anak syarikat, Yoodoo dan mengembalikan spektrum, jadi ada beberapa perkara yang MCMC boleh kenakan untuk memastikan tidak berlaku satu keadaan yang tidak seimbang dalam ekosistem,” katanya.

Jelasnya, pihak MCMC telah melakukan penelitian secara bebas, oleh pasukan bebas yang telah meneliti dari segi kewangan dan teknikal berkenaan syarikat yang dipilih.

“Langkah berikutnya saya difahamkan MCMC akan memanggil pihak U Mobile untuk mengadakan perbincangan kerana seperti yang kita sedia maklum, sehari selepas pengumuman MCMC, U Mobile telah maklumkan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama dengan sejumlah rakan-rakan strategik sama ada di kalangan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih atau ‘mobile network operator’ (MNO) dan sebagainya.

“Jadi kita tunggu pertemuan itu dulu, pihak MCMC akan dapatkan maklumbalas daripada pihak U Mobile apakah perancangan mereka, perbincangan mereka, mungkin selepas daripada itu ada makluman susulan,” ujarnya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok