Vivy, Fadza tinggalkan ibu pejabat SPRM selepas lima jam disoal siasat

PENGASAS FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar telah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam disoal siasat.

Pasangan itu dilihat meninggalkan pejabat SPRM pada jam 1.58 tengah hari Jumaat.

Hari ini merupakan hari keempat mengambil keterangan pasangan itu selepas SPRM mengesan beberapa transaksi akaun yang mencurigakan dalam siasatan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet, lapor Astro Awani.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Mohd Azam Baki berkata, Bahagian Perakaunan Forensik kini sedang meneliti kira-kira 50 hingga 60 kotak dokumen syarikat itu dan laporan akan diserahkan kepada Bahagian Siasatan.

Kementerian Kewangan sebelum ini berkata Khazanah dan PNB menjual pegangan mereka dalam platform e-dagang fesyen pertama Malaysia, FashionValet Sdn Bhd, pada harga RM3.1 juta dengan kerugian hampir RM44 juta.

Khazanah dan PNB pada 2018 telah membayar masing-masing RM47 juta iaitu RM27 juta dan RM20 juta untuk kepentingan minoriti dalam platform e-dagang.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen