Muhyiddin diperintah bayar saman fitnah RM1.35 juta kepada Guan Eng terkait fitnah pengecualian cukai Yayasan Albukhary

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfitnah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain mengarahkan Muhyiddin membayar ganti rugi sebanyak RM1.35 juta kepada Lim.

Hakim berkata, Ahli Parlimen Pagoh tidak cuba untuk mengesahkan kenyataan sebelum mengeluarkan dakwaan itu yang tidak berasas.

Roz menegaskan keterangan Guan Eng yang menyatakan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu tidak terjejas sepanjang perbicaraan penuh.

Hakim juga mencatatkan saksi pihak Muhyiddin sendiri iaitu seorang pegawai dari Kementerian Kewangan yang mengesahkan Guan Eng, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat yang mengandungi kenyataan sedemikian.

“Kenyataan tersebut bukan sahaja tidak benar tetapi berpotensi membawa kesan buruk di dalam negara berbilang budaya,” kata Roz, sambil menegaskan dakwaan itu serius kerana ia mencadangkan Guan Eng telah menyalah gunakan kuasa yang melibatkan sebuah yayasan amal Islam, lapor Malaysiakini pada Jumaat.

Saman ini berkait fitnah Muhyiddin bahawa Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan telah meluluskan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa pentadbiran PH.

Butiran pampasan yang diputuskan oleh mahkamah sivil RM350,000 untuk setiap tiga kenyataan yang membawa kepada jumlah RM1.05 juta bagi ganti rugi umum, ditambah RM150,000 untuk ganti rugi teruk dan RM150,000 untuk ganti rugi teladan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM1.35 juta.

Hakim Roz Mawar juga memerintahkan Muhyiddin membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Guan Eng.

Di samping itu, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang Muhyiddin daripada mengulangi kenyataan tersebut.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat berjabat tangan dan dipeluk oleh pemimpin serta penyokong DAP selepas prosiding mahkamah terbuka.

Muhyiddin pula tidak kelihatan semasa prosiding berlangsung.

Related Posts

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang